Jenis Lesen Memandu Yang Ada Di Malaysia

jenis lesen vdl

Isi Kandungan

Jenis lesen memandu di Malaysia ditetapkan berdasarkan kepada tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan. Pihak Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) telah mengeluarkan 4 jenis utama lesen memandu. Antaranya Learner Driving License (LDL), Probactionary Driving License (PDL), Competent Driving License (CDL) dan Vocational Driving License (VDL).

Lesen Memandu Pelajar atau Learning Driving License (LDL)

LDL atau lebih dikenali sebagai lesen L membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan mengikut kelas yang dikeluarkan seperti kelas B, B2, D dan E. Lesen L mestilah diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika belum lulus ujian JPJ. Tempoh sah lesen L adalah 2 tahun bermula dari tarikh ia dikeluarkan.

Sekiranya ianya tidak diperbaharui dalam masa 2 tahun selepas tamat tempoh, individu tersebut perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.

Lesen Memandu Percubaan atau Probationary Driving License (PDL)

PDL ialah lesen memandu percubaan atau dikenali sebagai lesen P yang diberikan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ dan tempoh sahlaku adalah 2 tahun.

Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

Lesen Kompeten atau Competent Driving License (CDL)

Jenis lesen yang ketiga adalah Lesen CDL iaitu lesen yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selama 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan.

Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

jenis lesen memandu

Lesen Memandu Vokasional atau Vokasional Driving License (VDL)

Yang kedua adalah Lesen VDL, iaitu lesen memandu komersial khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori. Ianya dikeluarkan Bersama oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Lesen Vokasional terbahagi kepada lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV Van, PSV Teksi/E-hailing dan PSV Bas), Lesen Kenderaan barangan (GDL Kejur, GDL Bersendi) dan Lesen Konduktor.

Lesen Memandu VDL

Rumusan

Kesimpulannya, sebelum anda renew lesen memandu anda di Lesen2u . Anda perlu mengenalpasti jenis lesen memandu anda supaya permohonan anda mudah diproses. Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau Whatsapp kami di talian 01137561394.

Mudah bukan? Jom renew sekarang

Kongsi Artikel Ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *