Rata-rata rakyat Malaysia memperbaharui lesen di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap kali tamat tempoh. Kini anda tidak perlu risau lagi untuk beratur setiap kali memperbaharuinya. Kami akan berkongsi cara renew lesen memandu online dengan mudah melalui satu platform yang telah kami sediakan iaitu Lesen2u.
Lesen2u disediakan bagi memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia dalam urusan seperti pembaharuan lesen memandu secara atas talian di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Di sini kami akan jelaskan cara renew lesen memandu online yang mudah untuk anda turuti :
Layari laman web Lesen2u.my dan halaman seperti diatas akan dipaparkan pada halaman utama dan klik pada butang “PERBAHARUI LESEN MEMANDU” untuk memperbaharui lesen memandu CDL anda. Pastikan lesen memandu anda tidak tamat tempoh untuk mengelak dikenakan denda dan penalti.
Isi borang untuk memperbaharui lesen memandu anda. Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat untuk urusan pembaharuan. Kegagalan memasukkan maklumat yang betul akan menyebabkan permohonan anda tidak diproses. Kemudian hantar borang permohonan lengkap dan buat bayaran secara online.
Pilih pilihan perbankan yang ingin anda gunakan. Klik butang Pay untuk membuat pembayaran.
Permohonan dan pembayaran yang berjaya dibuat akan disahkan terlebih dahulu. Setelah disahkan, proses penghantaran lesen memandu akan mengambil masa 3-7 hari bekerja. Anda akan menerima slip sementara untuk menggantikan lesen sementara menunggu lesen yang baru dihantar ke alamat anda.
Lesen memandu yang diproses akan dihantar terus ke alamat anda yang diberikan semasa mengisi borang.
Kesimpulan
Dengan mengikuti langkah-langkah ini dengan teliti dan memastikan borang di isi dengan lengkap dan betul, anda dapat memperbaharui lesen memandu anda dengan mudah. Jika anda masih mengalami kesulitan, anda boleh hubungi kami segera.