Lesen memandu merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan atau memandu sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu Malaysia mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan dan mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Namun begitu, semua pemegang lesen perlu memastikan lesen memandu tidak tamat tempoh dan diperbaharui pada masanya untuk mengelakkan disaman atau lesen digantung. Berikut beberapa cara renew lesen memandu online dengan mudah dan cepat.
Layari laman web Lesen2u dan di laman utama akan memaparkan laman seperti berikut & klik butang ‘Perbaharui Sekarang’ untuk renew lesen memandu CDL anda. Pastikan lesen memandu anda belum tamat tempoh bagi mengelakkan didenda.
Permohonan beserta dengan bayaran akan disemak dan disahkan untuk proses pembaharuan.
Resit pembaharuan lesen memandu akan diemelkan kepada anda.
Bermula 1 Februari 2024, tiada lagi cetakan dan penghantaran salinan fizikal lesen memandu bagi memberi kemudahan kepada pengguna sekali gus meningkatkan pengadaptasian penggunaan digital. Anda boleh menggunakan e-LMM/ Lesen Digital anda melalui applikasi MyJPJ. Pastikan anda memuat turun dan mendaftar aplikasi MyJPJ anda. Muat turun aplikasi MyJPJ daripada Apple Store / Google Play / Huawei App Gallery.
Setelah diluluskan, anda boleh menggunakan e-LMM / Lesen Digital dalam aplikasi MyJPJ
Mudah bukan? Kini anda tak perlu lagi perlu bersusah payah bersesak-sesak di kaunter JPJ ataupun Pos Laju. Renew secara online di Lesen2u kan ada. Mudah dan cepat tanpa membebankan anda. Isi borang permohonan atau whatsapp kami di sekarang untuk renew lesen memandu anda secara online sekarang.