Tahukah anda bahawa pemandu yang tidak mempunyai lesen adalah penyumbang kepada kemalangan jalan raya yang tinggi di Malaysia. Setiap pemandu di Malaysia mesti sentiasa memastikan lesen sentiasa hidup dan lakukan renew dengan segera sebelum tamat tempoh. Berikut adalah kelebihan dan kepentingan memiliki lesen memandu:
Isi Kandungan
Kelebihan dan Kepentingan Memiliki Lesen Memandu
Kemudahan Mobiliti
Memiliki lesen membolehkan individu mengendalikan kenderaan secara sah. Ini memberi kebebasan dan kemudahan mobiliti untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa bergantung kepada pengangkutan awam atau bergantung kepada orang lain.
Peraturan Keselamatan dan Disiplin
Lesen memandu diwajibkan untuk mereka yang ingin membawa kenderaan secara sah kerana ia adalah satu bukti bahawa anda lulus ujian dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Untuk mendapatkan lesen memandu, seseorang itu perlu lulus kedua-dua peperiksaan teori dan peperiksaan praktikal. Proses ini membantu meningkatkan kesedaran tentang peraturan lalu lintas dan kemahiran memandu yang selamat, memastikan pematuhan peraturan dan meningkatkan disiplin jalan raya.
Mengelakan Kemalangan
Lesen ini juga adalah satu inisiatif kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berilmu sekaligus mengurangkan kemalangan di jalan raya. Namun begitu sikap pemandu yang beraksi sesuka hati di jalan raya yang perlu diubah bagi membendung kes kemalangan yang kian meningkat.
Mengelakan Didenda
Mereka yang tidak mempunyai lesen atau memilik lesen yang sudah belum renew. Memandu jenis kenderaan yang dibawa (lesen motor ketika menaiki motor) ketika ditahan oleh pihak JPJ akan didenda.
Berpeluang Untuk Mendapatkan Pekerjaan
Kebanyakan majikan inginkan pekerja yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri. Ini adalah peluang yang cerah untuk anda diterima sebagai pekerja. Pekerjaan seperti pemandu bas, lori, kapal terbang dan sebagainya juga memerlukan lesen memandu yang khusus. Mempunyai lesen yang khusus memandu mampu menjadi sebagai nilai tambah dalam sektor kerja yang berkaitan pemanduan.
Lebih Cepat, Lebih Jimat
Anda juga dapat menggunakan kenderaan sendiri untuk ke mana-mana selepas mempunyai lesen memandu yang sah. Banyak masa & wang dapat dijimatkan dengan menaiki kenderaan sendiri berbanding mengunakkan kenderaan awam, seperti bas. Ia juga sangat berharga ketika menghadapi saat kecemasan.
Rumusan
Jika anda hadapi masalah untuk membuat pembaharuan lesen memandu atau tiada masa untuk beratur secara fizikal. Hubungi Kami segera untuk selesaikan masalah tersebut, hanya dengan mengisi borang secara online, pembaharuan lesen anda selesai dan akan dihantar ke alamat yang diberi.