Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Encik Janagarajan, berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan sindiket yang melakukan jenayah memalsukan lesen memandu, yang masih berleluasa sehingga hari ini di media sosial dengan menawarkan tawaran harga yang lebih murah dan tidak masuk akal untuk menarik pelanggan.
Kemunculan tawaran lesen memandu palsu menerusi laman media sosial tersebut adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar dan harus dibanteras sepenuhnya. Hal ini kerana, lesen itu tidak berdaftar bahkan tidak wujud dalam sistem JPJ walaupun secara fizikalnya kelihatan sah.
Walaupun hal ini bukanlah isu yang baru dibangkitkan, namun beliau tetap meminta agar orang ramai sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika mendapatkan lesen memandu agar tidak terjebak dengan sindiket pelmasuan lesen memandu atau yang biasa dikenali dengan panggilan sebagai “lesen terbang”.
Berdasarkan laporan Berita Harian pada 13 September 2018, Kementerian Pengangkutan ketika itu mengesyaki pengeluaran kira-kira 14,000 lesen memandu palsu dari 2016 hingga 2018.
Modus operandi penipuan ini ialah mereka mengiklankan tawaran dalam media sosial dengan mengatakan bahawa lesen itu adalah lesen yang sah, tetapi sebenarnya lesen itu adalah lesen yang tidak sah.
Ada mangsa yang sudah membuat pembayaran dan sekiranya bernasib baik, mereka akan mendapatkan lesen palsu berkenaan. Tetapi ada juga mangsa mengadu akaun tersebut telah pun ditutup atau tidak wujud setelah pembayaran dibuat menyebabkan wang hangus begitu sahaja.
Bekas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata setiap kali terdapat kes lesen palsu ini, pihak JPJ akan menyelesaikannya termasuk dengan melakukan penyamaran.
Selain menyamar sebagai pembeli lesen palsu, JPJ turut membuat semakan dengan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk mengenal pasti domain yang digunakan ahli sindiket untuk melakukan penipuan atas talian.
Tindakan seorang penunggang motosikal yang menggunakan lesen memandu palsu ketika ditahan semasa operasi khas motosikal sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Seberang Perai Selatan (SPS), tahun lalu, dikatakan tidak berbaloi.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Adenan Md. Isa ketika mendedahkan perkara itu berkata, suspek dipercayai memperoleh lesen tersebut daripada pihak ketiga dengan nilai melebihi RM1,000 untuk tempoh selama lima tahun.
Beliau berkata, ketika ditahan, suspek tersebut mempunyai lesen memandu kelas D dan B2 sedang menunggang motosikal dan motosikalnya turut dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 108 Undang-undang Lalu Lintas Jalan (APJ) 1987.
Menurut Adenan, kos untuk mendapatkan lesen motosikal biasa jauh lebih murah iaitu hanya antara RM 300 hingga RM 400 (kelas B2) berbanding membeli lesen palsu. Tambahan pula, lesen palsu ini tidak boleh digunakan selepas 5 tahun, jadi anda harus mencari lesen baru. Jadi ia tidak berbaloi.
Mungkin untuk penggunaannya dalam jangka masa singkat akan ‘menyelamatkan’ pengguna tapi akan bermasalah untuk memperbaharui lesen tersebut pada masa akan datang atau jika pihak berkuasa berjaya mengesan bahawa lesen yang anda gunakan adalah lesen memandu palsu. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan lesen memandu secara sah, boleh ikuti perkongsian disini.
Tidak lupa juga kepada anda yang sudah mempunyai lesen memandu yang sah dan ingin memperbaharuinya, boleh isikan borang pembaharuan anda disini. Segala pertanyaan berkaitan pembaharuan lesen boleh diajukan ke e-mel kami [email protected] atau whatsApp sahaja kami di 011-37561394.