Renew Lesen Online Mengelakkan Dari Didenda

Lesen Expired

Isi Kandungan

Sama seperti pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan yang wajib anda lakukan setiap tahun. Untuk renew lesen online juga tertakluk kepada pembaharuan sebelum tamat tempohnya dalam masa tertentu. Kerana ada yang membuat pembaharuan dalam masa 1 tahun, 2 tahun dan maksima sehingga tempoh 10 tahun. Kini lebih mudah lagi, anda boleh perbaharui lesen secara online sahaja tanpa perlu menghabiskan masa untuk beratur di kaunter fizikal.

Menurut kesalahan, Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu kenderaan, atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300. Kesalahan memandu tanpa lesen yang sah ataupun tamat tempoh, masih mencatatkan jumlah yang tinggi dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia.

renew lesen online

Memandu dengan lesen yang telah tamat tempoh mempunyai beberapa risiko yang perlu dihindari oleh pemandu. Di sini kami jelaskan dengan lebih lanjut antara risiko dan kekurangan jika meneruskan untuk memandu dalam keadaan lesen yang telah tamat tempoh.

3 Risiko Memandu Dengan Lesen Yang Telah Tamat Tempoh

1. Pelanggaran Undang-Undang

Memandu dengan lesen tamat tempoh adalah menyalahi undang-undang di banyak negara. Ini boleh membawa kepada denda, penalti, atau pembatalan kekal lesen memandu. Jika ditemui oleh pihak berkuasa semasa memandu dengan lesen tamat tempoh, pemandu itu boleh menghadapi akibat undang-undang yang serius. Kerana telah ditetapkan di bawah Seksyen 26(1). Pemandu kenderaan, atau penunggang motosikal yang didapati memandu dengan lesen tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

2. Tidak Layak Memohon Insurans

Kebanyakan hal ini lebih tertumpu kepada kes yang melibatkan kemalangan yang berlaku di jalan raya. Syarikat insurans memerlukan lesen memandu yang sah dan tidak tamat tempoh untuk menyediakan perlindungan insurans kenderaan. Memandu dengan lesen tamat tempoh boleh menyebabkan tuntutan insurans ditolak sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian yang tidak dingini ketika anda sedang memandu.  Hal ini, membuat pemandu dikenakan kompaun atas lesen tamat tempoh dan perlu membuat bayaran sendiri tanpa tuntutan insurans.

3. Keselamatan dan Liabiliti Pengguna Jalan Raya

Lesen memandu yang sah membolehkan pihak berkuasa mengawal selia dan mengemas kini secara kerap keupayaan pemandu untuk memandu dengan selamat. Memandu dengan lesen yang tamat tempoh bermakna tiada penilaian terhadap kemahiran dan pengetahuan terkini pemandu, dan menyalahi undang-undang jalan raya. Hal ini akan lebih meningkatkan risiko kemalangan dan insiden yang boleh meragut nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Renew Lesen Online Bagi Mengelakkan Anda Disaman

Kesimpulannya, penting untuk renew lesen memandu pada waktu yang ditetapkan sebelum tarikh luput. Agar tetap mematuhi undang-undang dan aturan lalu lintas serta menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain ketika memandu di jalan raya. Jika tarikh tamat lesen sudah hampir tamat, sebaiknya segera memperbaharuinya untuk menghindari risiko dan masalah di masa depan. Layari platform kami untuk memudahkan urusan renew lesen anda secara online sahaja, tanpa perlu beratur panjang pada kuanter fizikal, tunggu sahaja lesen sampai di depan rumah anda.

Kongsi Artikel Ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *