Kini di Malaysia, sebagai pengguna kenderaan bermotor khususnya di negara kita. Mereka perlu memiliki dan mengetahui dengan jelas jenis lesen memandu yang diperolehi oleh mereka. Sebaiknya, semakan lesen memandu mestilah dibuat sebelum tamat tempoh tanpa anda sedari. Sekiranya, lesen memandu tersebut telah tamat tempoh dan anda tidak tahu di mana untuk membuat semakan lesen memandu seperti tarikh luput dan jenis yang dimiliki. Kini JPJ telah mengenalkan platform online iaitu MyJPJ, untuk anda menyemak pemilikan lesen dan tarikh tamat tempoh setiap lesen yang anda miliki serta berfungsi sebagai lesen online anda.
Lesen memandu seharusnya diperbaharui sebelum tarikh luput yang ditetapkan. Hal ini, bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diigini berlaku. Kegagalan untuk memperbaharui akan meletakkan diri anda dalam risiko untuk disaman oleh pihak berkuasa. Samada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kini anda boleh perbaharui lesen memandu dalam tempoh 10 tahun pembaharuan.
MyJPJ, satu aplikasi yang diperkenalkan untuk memudahkan anda menyemak lesen memandu dan tarik luput lesen yang anda miliki tanpa perlu beratur secara fizikal. Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun dan tersedia untuk peranti Google Playstore atau App Store anda. Ini boleh dijadikan sebagai lesen online anda pada bila-bila masa dan dimana anda berada
Selesai proses muat turun, Buat pendaftaran akaun jika anda masih belum mempunyai akaun MyJPJ dan seterusnya log masuk menggunakan maklumat akaun yang telah anda daftarkan.
Pada halaman utama aplikasi MyJPJ, Sila pilih bahagian Pelesenan Pemandu dan seterusnya tekan pada Semakan Lesen Memandu.
Masukkan nombor kad pengenalan dengan betul pada ruangan yang disediakan pada aplikasi tersebut. Jika ingin menyemak lesen memandu bagi pihak ketiga seperti ahli keluarga anda juga dibenarkan, hanya dengan masukkan saja nombor kad pengenalan mereka pada ruangan tersebut. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.
Disini, akan dipaparkan maklumat berkenaan lesen memandu anda, seperti nama dan nombor kad pengenalan. Dan di bahagian bawahnya pula, akan ada paparan maklumat seperti jenis lesen yang dimiliki oleh anda. Sama ada lesen PSV, B2 dan beserta tarikh mula dan tarikh luput lesen tersebut.
Kini anda sudah tahu cara membuat semakan lesen memandu dan tarikh luput lesen anda dengan menggunakan aplikasi MyJPJ, selain itu melalui aplikasi ini anda sudah memiliki lesen online anda.
Tiada lagi alasan yang boleh diberi jika anda terlepas atau terlupa tarikh tamat tempoh lesen memandu anda. Memandu dengan lesen yang telah tamat tempohnya boleh dikenakan denda, penalti dan mungkin kehilangan hak memandu. Selain itu, anda tidak akan dilindungi oleh insurans jika terjadi kemalangan jalan raya.
Ingin kami uruskan pembaharuan lesen memandu anda ? isikan maklumat anda di sini, dan proses pembaharuan akan dilakukan, secara online sahaja dan tunggu sehingga lesen yang aktif sampai di hadapan pintu rumah anda. Semudah itu sahaja.