Sistem Kejara: Apa Itu Sistem Kejara?

sistem kejara

Isi Kandungan

Pengenalan Sistem Kejara

Sistem Kejara adalah singkatan kepada Sistem Kesalahan Jalan Raya, iaitu suatu prosedur  pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. Sistem ini ditujukan khas kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memiliki lesen memandu CDL dan Lesen Memandu Percubaan. Sistem Kejara ini telah mula berkuatkuasa pada 15 April 2017.

Kesalahan Terjadual Dalam Sistem Kejara

Kesalahan terjadual merupakan senarai kesalahan yang telah ditetapkan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017 yang mana menyenaraikan kesalahan dan jumlah mata yang akan diberikan kepada pemandu. Berikutan Sistem Kejara, terdapat 23 jumlah kesalahan terjadual yang telah disenaraikan dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017.

Mata Demerit

Bekas Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron berkata, mata demerit hanya akan diberikan kepada pemandu kenderaan dan bukan pemilik kenderaan.

sistem kejara

Memberikan contoh pelaksanaan mata demerit dalam Sistem Kejara, beliau berkata pemandu yang membawa melebihi had ditetapkan, saman yang dikeluarkan bagi kesalahan yang direkodkan AES akan menunjukkan siapa pemandu ketika melakukan kesalahan itu.

“Individu yang membayar kompaun tersebut akan dikenakan mata demerit kerana mengakui kesalahan itu dan mata demerit akan dimasukkan di bawah namanya dan bukan pemilik kenderaan,” katanya.

Lesen Akan Digantung/Dibatalkan

Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ apabila pemandu tersebut telah menjalani tiga kali penggantungan lesen memandu dalam tempoh lima tahun, manakala bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL) boleh dibatalkan apabila mata demerit mencapai 20 mata atau lebih.

Penggantungan atau pembatalan lesen memandu akan bermula apabila pemegang lesen memandu itu menyerahkan fizikal lesen memandunya di mana-mana pejabat JPJ yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh Dua Puluh Satu (21) hari daripada tarikh penyampaian notis itu dibuat atau selepas 21 hari daripada tarikh penyampaian notis itu.

Pemandu yang telah mengumpul sejumlah mata demerit tidak dibenarkan membuat rayuan untuk mendapatkan pengurangan mata. Namun demikian, pengurangan mata demerit sebanyak 50 peratus akan diberikan dalam keadaan berikut:

  1. mana-mana pemandu yang tidak melakukan kesalahan terjadual dalam tempoh dua belas bulan daripada kesalahan terakhir; atau
  2. JPJ telah menawarkan kursus pemulihan kepada pemegang lesen memandu yang telah mengumpul sejumlah mata demerit.

Perlu diingatkan bahawa insentif pengurangan mata ini hanya diberikan sekali sebelum tempoh penggantungan atau sebelum pembatalan lesen memandu.

Kesan Daripada Penggantungan/Pembatalan Lesen

  • Tidak boleh memandu dalam tempoh penggantungan/pembatalan.
  • Tidak boleh memohon lesen memandu apa-apa kelas dalam tempoh penggantungan/pembatalan.
  • Lesen memandu dan kenderaan pemandu akan disenaraihitamkan dalam tempoh penggantungan/pembatalan.

Akan menjadi satu kesalahan jika mana-mana pemandu yang memandu suatu kenderaan motor ketika lesen memandunya digantung atau dibatalkan.  Kesalahan ini akan dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada Rm3,000 dan tidak melebihi Rm10,000 atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Apabila suatu lesen memandu dibatalkan oleh Ketua Pengarah di bawah Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017, seseorang itu boleh memohon semula lesen memandu baharu (bermula dengan Lesen Belajar Memandu LDL) iaitu selepas dua belas bulan daripada tarikh pembatalan lesen memandu itu.

Notis Amaran

JPJ memaklumkan mengenai penggantungan/pembatalan lesen memandu dengan cara mengeluarkan notis amaran, penggantungan atau pembatalan lesen memandu kepada pemegang lesen memandu secara pos berdaftar kepada alamat pemegang lesen memandu.

Rumusan

Akhir kata, marilah kita sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Amalkan sifat bersopan santun, hormat-menghormati dan bertolak ansur di jalan raya. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan kita dari didenda, namun juga dapat mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diingini. Bagi pemegang lesen CDL yang telah tamat tempoh dan ingin memperbaharui lesen, isikan borang permohonan anda di sini. Untuk berhubung dengan kami boleh emailkan di [email protected] atau whatsApp kami di 011-37561394.

Kongsi Artikel Ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *